Jika di Terengganu ada Mat Dan yang fasih bercakap loghat negeri itu, di Kelantan pula ada yang Fatih İmamoğlu yang fasih bertutur dalam loghat Kelantan.
Beberapa hari seorang lelaki yang dikenali sebagai Shahrul Ibrahim telah memuat naik video dia ‘menemurah’ lelaki yang mesra dipanggil Mat Daud itu ke laman Facebook miliknya.
Video berdurasi 57 saat itu menjadi viral dan sehingga kini telah ditonton lebih 80,000 orang serta dikongsi hampir 1,500 pelayar Facebook.
Dalam video tersebut, Mat Daud memberitahu dia berasal dari Turki dan telah menetap di Kelantan sejak lapan tahun lalu.
Mat Daud berkata, kehadirannya ke Kelantan hanya saja-saja tetapi tidak menyangka tertarik dengan negeri itu dan akhirnya membuat keputusan untuk terus menetap di sana.
Dia turut memuji akan kecantikan wanita Kelantan dan makanan yang ada di sana tapi mengakui tidak menggemari budu kerana menurutnya, ia menyebabkan mukanya ditumbuhi jerawat.