Setakat ini kopi eksotik hasil daripada kumuhan haiwan yang biasa didengari adalah kopi luwak iaitu biji kopi yang diambil daripada najis musang namun kini satu lagi kopi eksotik telah diperkenal dan semakin mendapat tempat pada para pelanggan iaitu kopi najis gajah.
Terhasil dari sebuah kem yang terletak di Chiang Mai, Thailand, biji kopi eksotik ini diperolehi daripada kumuhan haiwan besar tersebut dan berharga lebih US$1,000 sekilogram dan US$30 secawan (RM133).

Dikatakan rasa kopi daripada najis gajah ini mempunyai aroma yang lembut tetapi penuh dengan perisa serta sangat berbeza dengan kopi biasa.
Pemilik kem yang terletak di pergunungan wilayah Mae Tang, Utara Thailand, Boontha Chailert memberitahu rasa dan aroma kopi ini berbeza kerana sistem permakanan gajah itu sendiri yang mengamalkan diet sayur dan buah-buahan.

Setiap gajah yang sihat daripada segi berat dan tiada masalah sahaja akan diberi makananan yang dicampur dengan biji kopi dan mengambil masa tiga hari untuk dicernakan. Proses pengumpulan biji kopi dari najis gajah akan dilakukan dengan tangan serta melalui proses pembersihan dan pengeringan selama lapan bulan.

Daripada itu tiga jenis variasi kopi akan dihasilkan iaitu ringan, sederhana dan kuat.Bootha turut memberitahu perniagaan yang dimulakan sejak setahun yang lalu semakin mendapat perhatian ramai dan mula mengenali kopi yang dihasilkan syarikatnya.
sumber: http://vitdaily.com/
No comments:
Post a Comment