21 Mac 2017

Keadaan kenderaan dinaiki mangsa setelah terbabas di KM 06 Jalan Gaung - Kampung Tajin, petang kelmarin.
KUALA BERANG - Seorang suri rumah maut setelah Perodua Axia dipandu
suaminya terbabas di Kilometer 06 Jalan Gaung-Kampung Tajin,
petang kelmarin dipercayai berpunca daripada kotak tisu terselit pada pedal
brek kereta berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Esah Md Zin, 67,
meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu yang merupakan
seorang peneroka Felda Jerangau, Abd Wahab Salleh, 70, hanya mengalami
cedera ringan.
cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud
berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa
dari arah Kampung Tajin ke Kampung Gaung gagal mengawal kenderaan.
berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa
dari arah Kampung Tajin ke Kampung Gaung gagal mengawal kenderaan.
“Pemandu kenderaan dipercayai gagal membrek kerana terdapat kotak tisu pada
pedal brek
kereta tersebut sebelum terbabas.
pedal brek
kereta tersebut sebelum terbabas.
"Berikutan daripada itu penumpang kenderaan (mangsa) mengalami kecederaan dan
meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu dan kes disiasat mengikut
Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.
Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.
"Kawasan lokasi melibatkan jalan berselekoh, satu lorong dua hala dengan garisan
tengah berkembar berturap tar,
tengah berkembar berturap tar,
keadaan cuaca ketika kejadian juga cerah.
“Polis ingin menasihatkan orang ramai sentiasa peka kepada aspek keselamatan
semasa memandu termasuk memastikan tiada sebarang objek di bawah tempat
duduk pemandu yang boleh mengundang risiko kemalangan,” katanya.
duduk pemandu yang boleh mengundang risiko kemalangan,” katanya.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment