Demi rezeki halal
Memandu Honda City berwarna merah, anak jati Bachok itu sanggup memperjudikan nasib dan menjelajah seluruh pelusuk Kuala Lumpur atas tiket perkhidmatan GrabCar.
Pada usia begitu, dia sepatutnya berada di rumah bermain dengan sembilan cucunya, namun tetap gagah memandu demi mencari rezeki untuk menanggung tiga anak yang masih belajar, termasuk dua yang menuntut di universiti di Mesir dan Madinah.
Katanya, anaknya masih memerlukan khidmatnya untuk membayar yuran pengajian antara RM36,000 ke RM37,000 setahun memandangkan tidak mempunyai biasiswa mahupun tajaan pihak tertentu.
"Jika tidak memikirkan anak-anak yang masih perlu ditanggung sementara mereka tengah menggaji, pakcik tidak ke Kuala Lumpur, apatah lagi kota itu bukan 'tempat' pakcik.
"Sebulan pertama menjadi pemandu GrabCar sahaja, sudah banyak kali pakcik dimarahi penumpang kerana kerap sesat.
"Jika ada pelancong yang naik, lebih rasa seram sejuk kerana pakcik bukan boleh sangat berbahasa Inggeris.
"Tapi semuanya pakcik telan, pakcik tahan sebab fikir rezeki ini rezeki halal untuk pakcik tanggung isteri dan anak-anak yang masih memerlukan. Jika pakcik orang senang, pakcik tak buat pekerjaan ini.
"Sebab pakcik perlukan wang untuk pengajian mereka, maka pakcik ke sini (Kuala Lumpur). Kini sudah lima bulan pakcik menjadi pemandu GrabCar.
"Lagipun anak sulung pakcik mengusahakan pusat tahfiz di Machang. Jadi pendapatan ini, jika ada lebih, pakcik turut bantu dia dengan masukkan ke akaun Maybank 553083206003 atas nama Madrasah Ribat Al-Musthofa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.
Pengorbanan Baderuliksan dikongsi seorang penumpangnya, Rafiqa Rizqin Roslan, 27, di Iaman sosial, Facebook dan Instagram sehingga menjadi tular, beberapa hari lalu.
Rafiqa Rizqin menceritakan perihal lelaki itu yang dianggapnya bapa mithali apabila sanggup melakukan apa sahaja untuk keluarga.
Mengulas tindakan penumpangnya itu, Baderuliksan berkata, dia tidak menyedari gadis itu memuat naik kisahnya di laman sosial.
"Pakcik mana ada Facebook. Nak buat pun tak tahu. Guna (aplikasi) Waze untuk pandu arah ni pun belajar ketika mahu jadi pemandu GrabCar dulu. Kalau tidak, pakcik tak tahu.
"Jika dia berniat baik memuat naik kisah pakcik, pakcik tak marah. Mana tahu, boleh jadi inspirasi orang lain," katanya yang mempunyai tujuh anak dengan tiga daripadanya sudah berkahwin.
Menurutnya, isteri dan anak-anaknya tidak bersetuju dia menjadi pemandu GranCar dan berulang ke Kelantan setiap dua minggu, tetapi demi menampung keluarga, mereka terpaksa reda.
Katanya, anak yang sudah berkahwin mempunyai tanggungan tersendiri dan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan adik mereka di luar negara.
Dia sendiri tidak mahu menyusahkan anak-anaknya dan berharap terus dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarga.
Sumber: Harian Metro Online
No comments:
Post a Comment