loading...

Friday 31 March 2017

Padah nak baham landak [VIDEO]






Rio de Jenerio, Brazil: Malang bagi seekor ular boa yang menderita kesakitan ketika cuba membaham landak namun landak itu mempertahan dirinya dengan menembak duri pada badan ular berkenaan.
Dalam kejadian di Brazil yang tidak dinyatakan tempat dan masa ini, rakaman video menunjukkan ular itu tidak berdaya bergerak sebaliknya mengeliat kesakitan dengan duri landak memenuhi hampir seluruh badannya.
Rakaman video itu dikongsi melalui platform perkongssian video, LiveLeak, minggu lalu.
Antara komen mereka yang melihat video itu ialah ‘Hari malang ular ini, kasihan dia menderita’ dan ‘Tak ada sesiapa mahu membantunya?’.
Makanan ular boa ialah haiwan kecil, terutama kelawar, tikus, burung serta biawak yang mengambil masa empat hingga enam hari untuk hadam. - DM
sumber; harianmetro
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 5:47 PM


Gambar Anak Kepada Gadis Melayu Yang Kahwin Dengan Lelaki Sweeden Buat Ramai Yang Jatuh Hati



Gambar Anak Kepada Gadis Melayu Yang Kahwin Dengan Lelaki Sweeden Buat Ramai Yang Jatuh Hati

Jom lihat gambar Dhuhaa Sophea yang sememangnya bikin anda geram!

Thursday 30 March 2017

RM 11 Juta harga dara model remaja


London: Seorang remaja Romania berusia 18 tahun mendakwa sudah menjual daranya kepada ahli perniagaan Hong Kong dengan harga £2 juta (RM11 juta) tahun lalu, walaupun ibu bapanya mengancam tidak akan mengaku dia sebagai anak jika meneruskan niatnya itu.
Remaja itu, Khefren, model pakaian dalam dari Bucharest, urusan penjualan daranya itu diuruskan Cinderella Escorts, laman web berpangkalan di Jerman yang mengambil komisyen 20 peratus daripada £2 juta itu.
“Lebih baik saya menjual dara melalui Cinderella Escorts daripada memberinya ‘percuma’ kepada teman yang kemudian saya ditinggalkan. Saya rasa ramai perempuan berfikiran seperti saya.
“Berapa ramai yang sedia melakukan seks pertama kali dengan percuma jika boleh mendapat 2.3 juta euro (£2 juta)?” katanya.
Menurutnya, ahli perniagaan itu amat mesra dan pertemuan pertama mereka ditemani kakitangan Cinderella Escorts.
Menurut Cinderella Escorts sebelum ini, remaja itu dan pelanggannya bertemu di Jerman.
Menurut agensi itu, lebih 300 anak dara menghubungi mereka sejak Khefren mengumumkan secara terbuka mahu menjual daranya.
Ibu bapanya yang kemudian mengetahui perkara itu menjadi berang dan merayu agar dia tidak meneruskan hasratnya. Meski diancam bapanya, Toni, seorang anggota polis dan ibunya untuk tidak mengakui remaja itu anak mereka, Khefren tetap berkeras.
Harga pembukaan untuk lelongan daranya ialah €1 juta Euros (RM4.8 juta). Khefren mendakwa berbuat demikian bagi mendapatkan wang selepas keluarganya bakal kehilangan rumah dan membiayai pengajiannya di Universiti Oxford. - Daily Mail
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017

Tuesday 28 March 2017

Gurauan Kasar Tapi 'Cool' Anakanda Sultan Johor




Mungkin ramai di kalangan kita tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan seharian anak raja yang rata-ratanya digambarkan dengan gaya hidup ada kelas dan formal.

Namun jangan terkejut jika anda lihat sendiri bagaimana perbualan tiga anakanda Sultan Johor yang saling sakat-menyakat di antara satu sama lain di laman Instagram.

Tindakan Tun Aminah memuatnaik sekeping gambar di laman sosialnya yang ketika itu sedang makan bersama beberapa temannya akhirnya mengundang 'padah' apabila dibahan oleh adik-beradiknya, iaitu Tunku Jalil dan Tunku Idris.

"Penat-penat aku masak tunggu dia sampai. Rupanya makan luar! Thanks @tunku_tun_aminah," demikian memetik sebahagian perbualan mereka.


Rata-rata pengikut Tunku Aminah di Instagramnya menyifatkan gurauan kasar mereka adik-beradik sebagai 'sporting'. -Siakapkeli.my

(Gambar) Penternak Bingung, Berbelas Ekor Ayam Ternakan Hilang Organ Dalaman Dimakan 'Makhluk Tidak Diketahui'



Tersebar di laman Facebooknya beberapa keping gambar di mana katanya bebelas ekor ayam belaannya seorang penternak ayam telah mati.

Dari status berkenaan ternyata penternak ayamg tersebut bingung apabila ayam-ayam yang mati berkenaan tidak dimakan di bahagian badan atau pun daging sebaliknya bahagian organ dalaman sahaja.

Kepsyen yang dimuatnaik oleh berbunyi, "Sudah berbelas ekor ayam dikerjakan "makhluk tak diketahui" ni....Dia makan bahagian dalaman ayam je."

"Ada sesiapa tahu  makhluk apakah itu? Adakah biawak atau binatang lain?? Atau.............,"tulisnya yang ternyata masih tertanya-tanya.




Berdasarkan komen netizen pula mereka menyatakan ia adalah kerja musang yang memang selalu menjadikan ayam sebagai makanan.

Namun ada juga yang meneka ia adalah kerja biawak, kucing hutan dan tidak ketinggalan katanya kerja makhluk halus.

Seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Ali Ismail berkata, "Ini klu x silap keje kucing hutan bintik .ayam telur ke?. sbb dulu kwn ada bela kucing hutan .mlm dia pergi tangkap ayam yg tengah bertelur .habis buntut ayam d korek krna nk ambil telur dlm perut."

Cynta Lavender berkata "Masa sy kecik dulu org kmpng ckp itu prbuatan hantu pocong..dia cma nk ambik hati ayam tu je..perut ayam dia tk sentuh..dan ada org ckp itu krja balan2 jga..dpkmpungan pndalaman sabah benda ni sering tjadi pda pnternak ayam."

Jawapan yang agak logik yang ditulis oleh netizen akhirnya muncul di mana Mohamad Muhaimin Jasmani, berkata, "Sebenarnya kalau semua nak tahu....tu perbuatan ayam jugak..benda ni jadi kat saya..saya menternak ayam kacuk...20 ekor...sekor2 mati...."

"Yang pelik....akan berlobang di bahagian dubur ayam....dan isi2 dalaman semua habis kosong...."

"Satu hari tu depan mata nampak....ayam-ayam yang lain akan cari sekor ayam yang nmpak lemah dan patuk kat bahagian dubur sampai berdarah....dan ayam yg lemah tu mati....organ-organ dimakan oleh ayam lain..."

"Pengajaran dia....kalau boleh kasi makanan lebih sikit pada ayam yg berkurung....ade jenis ayam yang kuat makan...."

Kalau rajin...cari batang sagu...dan belah..macam saya buat skang....jadi ayam tu akan memetuk batang sagu tu kalau kelaparan...ayam yg lain tak menjadi mangsa...
Saya harap perjelasan saya ni dapat membantu...," terang beliau.

Selain itu ada juga yang mencadangkan cara yang terbaik untuk mengetahui punca kejadian ini adalah memasang kamera litar tertutup.

Bagaiamana pun lokasi kejadian tidak dinyatakan dan kesahihan berita ini masih boleh dipertikaikan kerana tiada maklumat lengkap disertakan. - Siakapkeli.my

SUMBER

'Monyet Jatuhkan Buah Untuk Saya' - Lelaki Sesat 9 Hari Dalam Hutan Amazon Berkata Dia Dibantu Oleh Sekumpulan Monyet Untuk Terus Hidup



Seorang pelancong yang sesat di dalam hutan Amazon selama lima hari berkata sekumpulan monyet membantunya untuk terus hidup dengan memberi makanan dan membawanya kepada tempat berteduh dan air.

Maykool Coroseo Acuna, 25, dari Chile, hilang dalam Bolivian Amazon ketika sedang bercuti. Menurut Maykool haiwan-haiwan itu menjatuhkan buah-buahan di atas pokok ke tanah.

Maykool berkhemah di Madidi National Park berdekatan Sungai Tuichi dengan syarikat pelancongan Max Adventures sebelum dia sesat di dalam hutan itu.

Menurut laporan National Geographic, pemuda itu dilihat berkelakuan aneh beberapa jam sebelum menghilang.

Ranjer hutan menghabiskan masa beberapa hari untuk mencari Maykool namun gagal.

Bomoh hutan juga telah dipanggil ke tapak khemah tersebut untuk membuat ritual bagi membantu kerana lelaki itu dipercayai telah menyebabkan semangat hutan yang dipanggil Pachamama.

Enam hari selepas hilang, salah seorang ranjer menemui stokin yang dipakai oleh Maykool. Bomoh menggunakan stokin tersebut untuk membuat 'perhubungan' dengan roh Maykool.

Pada hari kesembilan, Maykool berjaya ditemukan apabila ranjer mendengar menjeritan Maykool dari tebing sungai, lebih satu kilometer dari tapak perkhemahan.



Menurut Maykool, dia disengat dan digigit dengan teruk (oleh serangga) ketika hilang, namun dia berjaya terus hidup dengan mengikuti sekumpulan monyet.

Maykool berkata haiwan itu menjatuhkan buah-buahan untuknya makan dan membawanya ke sumber air dan tempat berteduh setiap hari.

"Saya mula berlari (tanpa sebab), saya memakai sandal ketika itu dan fikiran saya berkata: 'tidak, ini akan menyebabkan saya lebih perlahan'".

"Saya buang sandal itu, kemudian saya buang telefon bimbit dan lampu

"Dan selepas habis berlari, saya berhenti di bawah sebatang pokok dan mula berfikir. Apa yang saya dah buat, apa yang saya sedang buat? Ketika itu saya mahu pulang tapi ianya mustahil."

Kisah kehilangan Maykool yang penuh misteri itu dimuat naik oleh National Geographic menerusi satu artikel "Lost Tourist Says Monkeys Saved Him in the Amazon".


Sumber: The Sun

Syiling Emas Seberat 100kg Dicuri Dari Muzium, Bernilai RM4.4 Juta



Sekeping syiling emas seberat 100kg telah dicuri dari sebuah muzium secara misteri dalam kejadian Isnin.

Syiling emas yang mempunyai ukiran wajah Queen Elizabeth II of England itu bernilai US$1 juta (RM4.4 juta).

Polis telah membuka kertas siasatan selepas syiling emas berdiameter 21 inci itu hilang dari Muzium-Bode pad 3.30 pagi Isnin.



Menurut polis Jerman, pencuri mungkin telah mengakses bangunan itu menggunakan tangga(ladder) yang dijumpai dibuang berdekatan dengan landasan trem sampah terdekat.

Dikenali sebagai 'Big Maple Leaf', syiling itu dikeluarkan oleh Royal Canadian Mint pada Mei 2007.

Kepingan emas itu merupakan antara syiling emas terbesar di planet ini dan ia sudah dipamerkan di Berlin sejak Disember 2010.

Sumber: RT.com

Solat Dalam Kokpit Ketika Penerbangan, Pembantu Juruterbang Wanita Ini Dipuji Netizen



Solat adalah tiang agama, maka ianya tidak perlulah dilengah-lengahkan jika tiada keperluan, seorang juruterbang pesawat Garuda Indonesia telah memuatnaik sekeping gambar di laman sosialnya di mana ianya telah mendapat pujian oleh netizen negara berkenaan, lapor Tribunnews.com.

Kapten Jaka Pituana telah memuatnaik gambar pembantu juruterbang Sarah Widayanti Kusuma yang sedang bersolat ketika pesawat sedang bergerak menuju ke destinasinya di dalam kokpit.

Gambar berkenaan telah menjadi tular di laman media sosial dengan kapsyen  “terima kasih ya doanya…pantas aje cuaca clear sepanjang penerbangan…#sarahwidiyanti, #crewlife#airbus330#pilot.

Beliau turut menyatakan pembantunya itu merupakan seorang muslimat yang taat kepada agama di aman dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam kerja di mana pesawat yang dipandu mereka selalunya adalah laluan jarak jauh di mana ketika itu pesawat menuju ke Zhen Zhou, Tiongkok, China selepas berlepas dari Bali yang memakan masa selama enam jam. - siakapkeli.my

Bunuh 4 Ekor Ular Tedung Demi Lindungi Keluarga Tuannya Sebelum Rebah Mati



Bercakap mengenai sayangkan keluarga seekor anjing telah berjuang untuk menyelamatkan keluarga tuannya daripada diserang oleh empat ular tedung sebelum mati akibat dipatuk di kampung Sebekapur daerah Gajapati, 400 kilometer dari Bhubaneswar, lapor IndiaTimes.

Anjing jenis Dobermen itu telah membunuh kesemua reptilia berbisa berkenaan sebelum rebah.

"Saya amat terkejut, anjing itu telah membuat pengorbanan yang amat besar untuk saya dan keluarga, saya akan ingat pengorbanannya itu sampai bila-bila."

"Saya akan berdoa kepada tuhan semoga seluruh roh dan jiwanya akan pergi dalam keadaan tenang," kata pemilik anjing berkenaan yang ternyata dalam kesedihan.

Ular yang dikenalpasti sebagai ular tedung gunung itu dipercayai telah memasuki kawasan rumah penduduk kampung akibat musim tengkujuh di mana sarang reptilia berkenaan dipenuhi air.

Pada Isnin lalu, empat ekor ular tedung berkenaan telah cuba memasuki rumah keluarga tetapi disedari oleh anjing tersebut menyebabkan ianya terus ke pintu rumah menghalang reptilia berkenaan daripada masuk.

Dia dilihat bergelut dengan ular-ular itu sehingga tanah di halaman rumah yang berlaku dalam tempoh yang agak lama sehingga reptilia itu mati dan anjing berkenaan dipenuhi darah.

Anjing tersebut dilihat terus bertarung sehingga setiap ekor ular berkenaan mati demi menghalang keluarga tuannya diserang sebelum ia rebah akibat terkena bisa.

Demi menghargai pengorbanan haiwan berkenaan, penduduk kampung telah meletak kalungan bunga pada badan anjing tersebut sebelum ditanam. - Siakapkeli.my

Gambar Selfie Lama dari Malaysia Ini Dah Jadi Viral Sampai ke Rusia



Rusia, 31 Mac - Satu gambar selfie, yang memaparkan seorang wanita bertudung berselfie dengan seorang lelaki berkacamata kini menarik perhatian satu dunia.

Jika dilihat secara teliti ada yang tidak kena di gambar tersebut dimana refleksi wanita tersebut tidak tepat dengan 'hukum refleksi'.

Gambar ini sebenarnya sudah lama viral di Malaysia namun ianya mula tersebar secara meluas di luar negara apabila ia dimuat naik di laman perkongsian gambar, 9GAG, baru-baru ini.


Gambar itu kemudiannya menjadi bahan berita dari akhbar antarabangsa dari Rusia, RT.comyang menyifatkan gambar tersebut sebagai gambar selfie paling menakutkan di dunia.

Selain dari RT.com, gambar tersebut turut mendapat perhatian dari portal berita Singapura,Stomp, portal hiburan dari California, Uproxx, portal Metro.co.uk dan juga portal abplive.

Video) Pasangan Hampir 'Ditelan' Eskalator Selepas Tangga di Mesin Itu Tiba-Tiba Terbuka



Semenjak dua menjak ini, kes-kes melibatkan eskalator dilihat kembali mengganas semula.

Jika sebelum ini kes eskalator tiba-tiba membuat 'reverse' di sebuah pasaraya di Hong Kong, kini muncul pula kes dimana sebuah eskalator hampir 'memakan' satu pasangan di sebuah stesen keretapi di Suzhou, China.

Memetik video yang dimuat naik, satu pasangan dilihat hampir ditelan oleh eskalator terbabit apabila memijak di atasnya.

Video pendek itu merakamkan detik cemas pasangan berkenaan. Tonton video tersebut dibawah:
sumber: siakapkeli

[VIDEO ] Lelaki Berusia 25 Tahun Hilang Ketika Pergi Kebun Sawit, Ditemui Dalam Perut Ular Sawa



Detik ngeri yang memaparkan satu mayat lelaki dibawa keluar dari perut seekor ular sawa tujuh meter tersebar di internet.

Kejadian itu berlaku di negara jiran, Indonesia.

Menurut Tribun, mangsa, Akhbar Salubiro, 25, hilang pada malam Ahad apabila pergi ke kebun untuk memungut kelapa sawit di sebuah kampung pendalaman di barat Sulewesi, Indonesia.

Penduduk kampung memulakan pencarian dan menemui seekor ular sawa gergasi yang kelihatan seperti keletihan pada keesokan harinya.

Perut ular terbabit kemudian dibelah menggunakan pisau sepanjang 18 inci dan mayat Akhbar ditemui di dalamnya.



"Awalnya, Akbar berangkat dari rumahnya sekitar pukul 07.00, menuju kebun sawitnya membawa alatan," kata Setiausaha Desa, Junaedi kepada TribunSulbar.com.

"Penduduk di sini dengar ada orang menjerit sekitar pukul 13.00, tapi dianggap orang memburu babi. Jadi, suara minta tolong tidak dihiraukan," ujarnya.

Akbar mula disyaki hilang oleh keluarga kerana tidak pulang seharian. Kebiasaannya, Akhbar akan pulang pada waktu siang.

video: https://www.youtube.com/watch?v=wubpbH8anKI

sumber:  http://makassar.tribunnews.com/


Sampai bocor paru-parunya

Kuala Lumpur: Paru-parunya bocor dan bahagian yang bocor itu terpaksa dibuang. Memang mengerikan, namun itu yang harus diterima Muhammad Aidelhan Surjonoh, 28, akibat merokok.
Pemuda yang tinggal di Kluang itu berkata, semuanya bermula dengan sesak nafas pada 24 Februari lalu.
“Mula-mula saya sesak nafas. Pergi ke klinik di Kluang, dan doktor kata mungkin gastrik atau otot tegang, tetapi selepas beberapa hari, keadaan saya masih belum pulih.
“Kemudian saya ke Hospital Pantai Batu Pahat dan sempat jalani pembedahan untuk keluarkan angin dalam paru-paru, tetapi masih tidak pulih. Apabila buat imbasan CT, doktor dapati paru-paru saya bocor.
“Hospital itu minta saya rujuk ke Hospital Mahkota, Melaka. Di situ, saya jalani pembedahan untuk menampal paru-paru yang bocor. Malangnya kaedah itu tidak berjaya dan doktor sarankan bahagian bocor sebesar lima sentimeter dibuang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Selepas hampir sebulan menjalani pembedahan terbabit, Aidelhan yang sebelum ini aktif bersukan berkata, dia masih belum pulih sepenuhnya dan tidak boleh menarik nafas dalam.
“Keadaan saya semakin baik, tetapi belum pulih sepenuhnya. Saya belum boleh menarik nafas dalam. Menurut doktor, ia mungkin ambil masa tiga bulan hingga setahun untuk pulih.
“Dulu saya aktif bersukan seperti bermain futsal, takraw atau badminton, tetapi sekarang doktor hanya galakkan saya berjalan,” katanya yang mula merokok sejak berusia 17 tahun.
Tambah Aidelhan, dia mula sedar bahawa merokok bukan sekadar membahayakan kesihatan malah ia juga satu pembaziran.
“Sebelum ini saya memang ada niat nak berhenti merokok. Tapi ia sekadar niat, justeru saya anggap apa yang berlaku ada hikmah kerana jika tidak sakit, mungkin saya tak berhenti merokok.
“Sekarang apabila dah tinggalkan rokok, baru saya sedar hampir RM400 saya bazirkan setiap bulan untuk beli rokok. Kalau jumlah itu diberi kepada ibu bapa kan lebih baik,” katanya.
Aidelhan turut dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa paru-parunya boleh hancur sekiranya dia tidak berhenti merokok.
“Sudah sebulan saya berhenti merokok. Saya faham memang susah nak berhenti kerana saya sendiri mengalami pening-pening dan lemah badan pada minggu pertama.
“Masuk minggu kedua dan ketiga, saya mula biasakan diri tanpa rokok. Mula-mula memang susah. Kalau tak boleh berhenti terus, mulakan dengan kurangkan merokok,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 9:48 PM

sumber: http://www.hmetro.com.my/

Harga Rokok Naik RM21.50?


KUALA LUMPUR: Langkah menaikkan harga rokok sehingga RM21.50 sepaket merupakan antara tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan jumlah perokok di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mengakui bahawa kempen antirokok yang diusahakan kerajaan setakat ini gagal menghalang rakyat Malaysia daripada meneruskan tabiat merokok.
“Walaupun kita telah melaksanakan pelbagai kempen, tetapi sukar untuk menjayakannya.
“Sebagai contoh, kita telah mengisytiharkan kawasan rehat dan rekreasi sebagai lokasi larangan merokok tetapi masih terdapat perokok mengingkari arahan tersebut,” kata beliau ketika menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata, kerajaan menghabiskan purata RM2 juta setahun sejak 2004 dalam melaksanakan kempen antirokok.
“Kita tidak lagi berkempen menerusi papan iklan dan kini menggunakan media sosial,” tambah beliau.
Beliau berkata, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 mendapati trend merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas adalah 24 peratus berbanding dapatan NHMS 2011 iaitu 24.6 peratus.
Ujarnya, terdapat perancangan untuk meningkatkan harga rokok pada masa terdekat dengan tujuan mengekang orang ramai daripada terus merokok.
“Buat masa ini, harga rokok (paling tinggi) dijual RM17 sepaket dan harga itu mungkin akan dinaikkan kepada RM21.50 sepaket,” katanya memetik sumber mStar Online.

Tambah beliau, kerajaan merancang untuk membentangkan rang Rokok dan Produk Tembakau pada tahun depan bagi mengawal iklan dan penjualan rokok.  

sumber: http://peraktoday.com.my/
loading...