loading...

Saturday, 25 February 2017

950 dari 1,820 Pemandu Yang Ditangkap Bersalah Guna Lampu Tinggi Sanggup Pilih Denda Tenung Lampu Itu Dari Bayar Denda RM3


Dalam satu malam sahaja, polis di Wenzhou telah menahan lebih dari 1,000 pesalah yang menggunakan lampu tinggi 'tidak bertempat'. Apa yang mengejutkan, lebih separuh dari pesalah itu sanggup memilih untuk menenung cahaya dari lampu itu dari membayar wang sebagai denda.

Menurut People's Daily, bayaran denda untuk kesalahan itu hanyalah 50 yuan (RM30).

Selepas menahan seseorang pesalah, polis di Wenzhou memberikan pesalah dua pilihan sama ada mahu membayar RM30 atau menenung lampu tinggi sebagai denda.

Mengejutkan, 950 dari 1,820 (52%) pemandu yang ditahan atas kesalahan itu sanggup memilih untuk menenung lampu tinggi dari membayar denda ciput itu.

Sumber: http://shanghaiist.com/

No comments:

Post a Comment

loading...